1.0
Pengenalan
Kurikulum sains sekolah rendah dan sekolah
menengah dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan sosial seperti
yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sains bukan sahaja berkenaan
dengan fakta tetapi ia juga mewakili proses cadangan dan memperbaiki penjelasan mengenai dunia kita. Pengetahuan saintifik merupakan
hasilan daripada aktiviti saintis.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan secara
khusus kemahiran saintifik yang digunakan dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah
Tahap 2 bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap
2 direka bentuk untuk merangsang sikap ingin tahu dan mengembangkan minat bagi
membolehkan mereka memahami diri dan alam sekeliling melalui aktiviti
berpusatkan murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Ia dipersembahkan
dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang mengandungi
matlamat, objektif dan kerangka kandungan kurikulum untuk tempoh tiga tahun
untuk Sains Sekolah Rendah Tahap Dua.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan
kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif. Proses kemahiran sains mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan
penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Oleh yang demikian, pembelajaran sains
bukan sahaja bahan bacaan saintifik. Membaca pelbagai buku sains dan menghafal
setiap kandungannya tidak akan menjadikan seseorang menjadi saintis. Oleh yang
demikian, guru sains perlulah merangka aktiviti hands-on yang bermakna untuk membantu murid untuk mengenali,
mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran saintifik mereka. Kemahiran kaedah
saintifik merupakan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran
proses sains ini membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan
mencari jawapan secara bersistem (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
1.1 Kemahiran Saintifik
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian
masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990). Kemahiran saintifik merupakan kemahiran
yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif.
2.0
Perbincangan
mengenai kepentingan kemahiran saintifik dalam
pembelajaran
sains
2.1 Definisi Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan
sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang
lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna
murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai
sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman
yang boleh dipercayai kebenarannya.
Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan
kemahiran proses sains?
Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini.
Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih
tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran
proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam
kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini,
mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling
serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang
telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid
membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi.
Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru
di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui
pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.
Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:
Memerhatikan
Kemahiran memerhatikan merupakan asas kepada
proses asas sains. Kemahiran ini menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa
atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Untuk membuat
pemerhatian, murid perlu menggabungkan maklumat dan meneliti semua sifat objek
atau sesuatu fenomena (Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz, 2012). Dalam
pembelajaran sains, bukti atau data yang dikumpul mestilah tepat dan objektif.
Oleh yang demikian pemerhatian mestilah menggunakan deria yang telah disebutkan
diatas. Pemerhatian terdiri daripada dua jenis iaitu secara kualitatif dan
kuantatif. Pemerhatian kualitatif merujuk kepada pemerhatian yang boleh
dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasa. Pemerhatian ini memberi
informasi kepada warna, bau, tekstur, bunyi, rasa dan apa yang akan berlaku.
Pemerhatian secara kualitatif ini dilaksanakan tanpa menggunakan peralatan atau
diskripsi tertentu dan tidak melibatkan nombor. Pemerhatian secara kuantitatif
merupakan pemerhatian yang melibatkan pengiraan, mengukur dengan menggunakan
benda.
ii.
Mengelaskan
Pengelasan merupakan proses yang menggunakan
pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan
ciri yang sama. Proses ini melibatkan pemerhatian terhadap kesamaan, perbezaan
dan perkaitan. Tiga jenis utama pengelasan iaitu, sistem pengelasan Binari,
sistem pengelasan Binari pelbagai langkah dan susunan bersiri.
iii.
Mengukur
menggunakan nombor
proses ini menggunakan nombor sebagai jawapan.
Kemahiran ini merupakan proses membuat pemerhatian secara kuantatif dengan
menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai
unit rujukan.
iv.
Membuat
inferens
Membuat interferens merupakan proses membuat
kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk
menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian berdasarkan kepada bukti atau
eviden yang telah diperolehi.
v.
Meramalkan
Meramal merupakan proses membuat jangkaan tentang
sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau
berdasarkan data. Meramal merupakan prosesyang berterusan dan di lakukan
sepanjang masa.
vi.
Berkomunikasi
Berkomunikasi bermaksud bertukar data atau
informasi yang digabungkan dengan proses pemerhatian agar mudah difahami.
Berkomunikasi melibatkan proses menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan
maklumat atau idea dalambentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.
vii.
Menggunakan
perhubungan ruang dan masa
Kemahiran ini merangkumi keupayaan untuk mmemerihalkan
parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan
masa.
viii.
Mentafsirkan
data
Kemahiran ini merupakan proses memberi penerangan
yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang
dikumpulkan.
ix.
Mendefinisikan
secara operasi
Mendefinisikan operasi merupakan suatu proses
memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang
dilakukan dan diperhatikan.
x.
Mengawal
pembolehubah
Mengawal pembolehubah merupakan proses mengenal
pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah yang bergerak dan
pembolehubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah
dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak
balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
xi.
Membuat
hipotesis
Kemahiran ini merupakan proses membuat suatu
pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar
bagi menerangkan sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan
kesahihannya.
xii.
Mengeksperimen
Kemahiran ini merupakan proses merancang dan
menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data,
mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.
2.2 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor
dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut:
·
Menggunakan
dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
·
Menyimpan
peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
·
Membersihkan
peralatan sains dengan cara yang betul dan selamat.
·
Melakar
spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
3.0
Analisis
saintifik dan kemahiran berfikir bagi kemahiran yang telah dipilih
Berdasarkan tajuk tugasan yang telah disediakan,
saya telah memilih topik yang saya rasakan sesuai untuk menunjukkan perkaitan
dalam proses sains.
Eksperimen
1
Aktif
apabila ada air.
Pernyataan
Masalah: Mengapa air susu lebih cepat rosak berbanding susu tepung?
Tujuan:
Menyiasat hubungan antara kehadiran air dengan tempoh susu menjadi rosak.
Kamu
memerlukan:
·
Gelas
·
Sudu
·
Air suam
·
Susu tepung
Langkah-langkah berikut:
1.
Sediakan
dua biji gelas yang sama saiz dan bentuk. Labelkan A dan B.
2.
Masukkan
lima sudu susu tepung ke dalam gelas A dan gelas B.
3.
Tuangkan
air suam ke dalam gelas B. Kacau dengan sudu sehingga susu tepung larut.
4.
Biarkan
kedua-dua gelas tersebut di atas meja selama dua hari.
5.
Perhatikan
perubahan keadaan susu di dalam kedua-dua gelas setiap hari.
Bilangan hari
|
Keadaan susu
|
|
Gelas A
|
Gelas B
|
|
1
|
|
|
2
|
|
|
Rajah 3.1
Analisis data:
1. Susu dalam gelas manakah yang lebih cepat rosak?
2. Bagaimanakah keadaan susu yang telah rosak?
3. Bagaimanakah kamu mengetahui bakteria telah
membiak dalam air susu tersebut?
Perbincangan
1. Apakah yang menyebabkan susu rosak?
2. Berdasarkan penyiasatan, apakah faktor yang
menyebabkan bakteria membiak?
3. Apakah kesimpulan daripada penyiasatan di atas?
4. Apakah hubung kait antara kaedah pengawetan
makanan dalam penyiasatan ini dengan keperluan pembiakan bakteria?
Eksperimen 2
Ada air atau tiada udara
Pernyataan masalah: Adakah kehadiran udara
menyebabkan roti lebih cepat rosak?
Tujuan: menyiasat hubungan tentang kehadiran udara
dengan tempoh kulat tumbuh pada roti.
Kamu memerlukan:
·
Piring
·
Karung
plastik lut sinar yang sama jenis dan saiz.
·
Gelang getah
·
Penitis air
·
2 keping roti
yang sama jenis dan saiz
·
Air
·
Pam vakum
Lakukan langkah berikut:
1. Letakkan roti di dalam piring yang berasingan.
2. Titiskan air yang sama banyak pada kedua-dua
keping roti.
3. Masukkan sekeping roti tersebut ke dalam plastik A
dan sekeping roti pada plastik B. Ikat plastik A.
4. Keluarkan udara pada plastik B dengan menggunakan
pam vakum. Ikat plastik B dengan segera.
5. Perhatikan perubahan pada roti setiap hari. Catat
pemerhatian kamu dalam jadual seperti contoh di bawah.
Bilangan hari
|
Keadaan roti
|
|
Plastik A
|
Plastik B
|
|
1
|
|
|
2
|
|
|
Rajah 3.2
Analisis data
1. Roti manakah yang lebih cepat rosak?
2. Pada hari ke berapakah roti di dalam plastik A dan
plastik B mula rosak?
3. Bagaimanakah keadaan roti yang telah rosak?
Perbincangan
1. Apakah kesan tindakan kulat pada roti?
2. Apakah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan kulat
pada roti?
3. Nyatakan kesimpulan daripada penyiasatan di atas.
4. Nyatakan hubung kait antara kaedah pengawetan
makanan dalam penyiasatan ini dengan pertumbuhan kulat.
Kedua-dua eksperimen ini menggunakan proses sains
yang sama iaitu melakukan pemerhatian
dan analisis data. Pemerhatian dilakukan secara kualitatif di mana
kedua-dua eksperimen menggunakan deria penglihatan dan bau semasa pemerhatian
dijalankan. Selain itu, pemerhatian secara kuantitatif juga dijalankan dimana
setiap pemerhatian akan direkodkan dalam jadual yang disediakan.
Selain
itu, murid-murid juga melakukan inteferens dengan membuat kesimpulan awal
berkenaan eksperimen yang dijalankan. Murid-murid juga meramal berdasarkan
pemerhatian mereka terhadap kedua-dua eksperimen ini berdasarkan pemerhatian
mereka. Eksperimen ini juga menggunakan proses sains berkomunikasi iaitu
menyusun dan mempersembahkan maklumat dalam bentuk tulisan, lisan dan jadual.
Kedua-dua
eksperimen ini juga menggunakan proses sains mengawal pemboleh ubah yang
dimanipulasikan. Selain itu, proses membuat hipotesis iaitu membuat pernyataan
umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kemahiran mengksperimen adalah
kemahiran utama dalam kedua-dua proses eksperimen ini di mana murid-murid
merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis,
mengumpulkan data, mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada
penyiasatan itu.
Kemahiran
manipulatif banyak di diaplikasikan dalam eksperimen ini. Melalui kemahiran
ini, murid-murid berupaya menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan
sains dengan betul. Murid juga tahu menyimpan peralatan dan bahan sains dengan
cara yang betul disamping boleh membersihkan peralatan sains dengan cara yang
betul.
Seorang
guru juga boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan
atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan
kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan
pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada
kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan
digunakan.
Berikut diberikan penerangan ringkas di antara
kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan digunakan, iaitu:
a. Kaedah heuristik
Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat
penemuan sendiri bahan-bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan.
peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.
b. Kaedah induktif.
Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada
bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada
contoh kepada hukum am. kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu
kes dan beberapa kes lain yang serupa.
c. kaedah deduktif.
Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar
bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula
kepada contoh.
d. kaedah Dogmatik
Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum,
prinsip dan formula. latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip
atau formula itu dalam situasi yang berperingkat.
e. Kaedah projek.
Pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang
dipilih mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai
penasihat, pakar rujuk dan penilai.
f. Kaedah amali.
Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau
eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan
bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing,
penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai.
4.0 Cadangan penambahbaikan yang telah dipilih
Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses
pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses
pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan
aspek rohani, minda serta jasad pelajar.
Dalam bahasa yang mudah, pelajar
berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat
kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan
aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani.
Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.
Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung
kepada:
a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran,
b. Keperluan bahan pengajaran
c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
d. Kemahiran berkomunikasi.
Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang
boleh menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Ini termasuklah:
1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap
hari.
2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik
sekolah
3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah
4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah.
5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah.
6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir
sekolah.
7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah.
8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah.
9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir
sekolah.
10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir
sekolah.
11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika
melakukan pekerjaan juga turut
mempunyai saham yang penting ke arah keberkesanan
pengajaran guru berkesan.
Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi,
faktor pelajar juga boleh mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran
guru berkesan. Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang
berkesan dalam sebuah kelas tetapi pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak
tahu peranan mereka sebagai pelajar yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya
akan sia-sia sahaja.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah dan apakah
usaha yang perlu dilakukan dan dilaksanakan agar kita dapat mewujudkan pelajar
yang mempunyai ciri-ciri seperti disebutkan di atas?.... Bincanglah secara
kumpulan dengan rakan-rakan guru.
4.1 Kriteria Utama Mengajar Sains Berkesan
Terdapat beberapa kriteria utama yang
perlu diketahui oleh seorang guru untuk menghasilkan pengajaran sains
berkesan,. Syarat tersebut ialah:`
1. Mengetahui
peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar.
2. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap
pelajarnya.
3. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas
yang diberikan.
4. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang
lain.
5. Mempunyai
sikap mengambil berat terhadap orang lain.
6. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.
7. Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di
bawah bimbingannya.
8. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap
dirinya di kalangan para pelajarnya.
9. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan
memberangsangkan dengan pelajar.
10. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang
akrab dengan pelajar.
11. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di
kalangan pelajar.
12. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua
pelajar.
13. Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan
pelajar.
14. Mempunyai sikap suka mendengar.
15. Mempunyai sikap humor ketika bersama pelajar.
16. Mempunyai daya penarik yang menakjubkan.
17. Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif.
18. Mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar.
19. Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar.
20. Mempunyai kepakaran berkomunikasi.Mempunyai
pengetahuan tentang kemanusiaan.
21. Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya
jika diberi bimbingan yang mencukupi.
22. Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan
kemahiran yang berkaitan tugasannya.
23. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa
kejayaan boleh dicapai setelah berusaha.
24. Selalu berdoa untuk diri dan pelajarnya.
25. Sentiasa bertawakal kepada Allah.
5.0
Penutup
Kelas sains menyediakan pelajar dengan kemahiran
penting dan pengetahuan untuk kejayaan dalam kehidupan kemudian. Pelajar yang
berbuat baik dalam sains boleh pergi kepada kerjaya yang produktif dalam bidang
kejuruteraan, perubatan, dan lain-lain bidang yang inovatif. Sebuah pendidikan sains
menyediakan pelajar-pelajar semua peringkat umur dengan kemahiran yang diguna
pakai dalam bidang-bidang lain juga, dan membantu pelajar berjaya dalam semua
aspek kehidupan. Tanpa sains, masyarakat moden tidak akan di mana ia adalah
hari ini dalam segi teknologi, penerokaan, dan inovasi. Pembelajaran sains
membolehkan pelajar untuk meneroka idea-idea baru untuk memberi manfaat kepada
kita semua.
Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk
mengasuh dan membimbing murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran
saintifik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya
menjadi lebih kritis, analitis dan bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan
termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi dan projek. Eksperimen menguji
hipotesis melalui penyiasatan. Ini melibatkan murid mengawal pemboleh ubah dan
juga melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Perbincangan murid
menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau ulasan yang sahih dan
mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.
Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep
yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan
sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka dibantu
menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran
baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan
maklumat baru.
references
Azizah Ngah Tasir, Normah
Abdul Aziz .(2012) HBEF2203: Tools for
Learning Science. Selangor: Meteor
Doc Sdn. Bhd.
Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2012) Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah Sains Tahun 6. Putrajaya: CETAKRAPI Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka ,
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2012) Amali
Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor: Ultimate Print Sdn. Bhd.
Padilla,
M.J. (1990). The science process skills.
Retrieved March 2, 2013, from www.narst.org/publications/research/skill.cfm
Science
process skills. Retrieved March
2, 2013, from
kongsi sikit pasal kepentingan sikap saintifik dan prosedur,,....tq..
ReplyDeleteprosedur sains
ReplyDeletekongsi sikit pasal kepentingan sikap saintifik dan prosedur,,....tq..
ReplyDelete