"></script>

VvJanettha: Rekorder

Sunday, December 15, 2013

Rekorder

Pendahuluan
Rekorder merupakan alat tiupan utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Bermula dari tahun 2013, pengajaran muzik menggunakan rekorder soprano telah dimasukkan dalam standard prestasi dan wajib dipelajarioleh semua murid Tahun 3. Pada tahun 2014, KSSR muzik Tahun 4, pengajaran rekorder akan mermula dengan not B, A, G serta D dan murid-murid akan mempelajari lagu-lagu muah berdasarkan not-not asas berkenaan.
Melalui tugasan ini, saya akan cuba untuk mengupas latar belakang rekoder seperti jenis-jenis rekorder, renj dan sistem penjarian. Selain itu, melalui rakaman persembahan muzikal rekorder yang saya muat turun melalui laman Youtube, saya akan cuba untuk mendedahkan secara terperinci lima teknik yang mereka gunakan untuk memainkan dan meniup rekorder dengan betul. Seterusnya, berdasarkan  skor lagu Bunga Berkembang, saya  melatih  memainkan lagu tersebut mengikut penjarian yang ditetapkan untuk rekoder soprano. Setelah berlatih, saya mencipta melodi   kedua berdasarkan melodi asal yang diberikan serta menghasilkan sebuah skor gubahan permainan rekoder dalam dua bahagian. Selain itu, saya akan cuba untuk memerincikan secara urutan langkah-langkah yang perlu saya jalankan semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran ensembel rekoder soprano berdasarkan skor gubahan permainan rekoder yang       dihasilkan. Pada akhir tugasan ini, saya juga akan membincangkan juga bagaimana aktiviti permainan ensembel rekoder tersebut  akan dapat meningkatkan kefahaman murid-murid tentang bahasa muzik.

            Diharapkan tugasan ini dapat menghuraikan serba sedikit panduan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik dan dapat dikongsikan kepada semua guru-guru muzik dalam melaksanakan aktiviti ensembel rekorder.

1.0    Pengenalan
Rekorder merupakan alat tiupan utama yang  diperkenalkan kepada murid-murid dalam mata pelajaran KSSR Tahun 3 dan Tahun 4. Matlamat utama permainan rekorder diperkenalkan dalam pendidikan muzik di dalam bilik darjah ialah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan secara solo dan juga secara ensembel (Zaharul Lailiddin & Mohd Nizam, 2013).
Rekorder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Alat muzik ini mengandungibahagian peniup atau pemipit (mouthpiece) yang dipasangkan ke laras silinder yang mengandungi tujuh lubang; enam dihadapan dan satu di belakang (Zaharul Lailiddin & Mohd Nizam, 2013). Silinder yang terakhir mengandungi dua lubang berkembar dihadapan. Kadang-kala silinder ketiga ini bercantum bersama silinder kedua.
Bahagian yang paling penting dari segi penghasilan bunyi ialah bahagian kepala rekorder yang mengandungi peniup atau pemipit. 

 Rekorder merupakan alat tiupan kayu yang tertua. Ia mula dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat. Pada zaman Pertengahan Eropah, rekorder adalah alat muzik yang popular. Namun demikian, populariti alat muzik ini mula menurun di abad ke 18 disebabkan terciptanya alat tiupan okestra seperti klarinet, flut dan oboe yang boleh memainkan renj yang lebih luas berbanding rekorder.
Pada zaman kegemilangannya, rekorder sering diguna pakai dalam persembahan orkestra, bagi menggambarkan babak-babak bunyian burung, pengembala kambing, pengkebumian dan perkahwinan. Banyak karya komposer terkenal seperti Purcell, Bach dan Vivaldi sebagai contoh, menggunakan rekorder sebagai alat utama.
Pada abad ke 20, rekorder digunakan dalam sistem pengajaran muzik di sekolah kerana ia adalah alat yang mudah untuk dimainkan dan murah harganya berbanding alat muzik yang lain. Oleh kerana itu, sekarang ramai yang beranggapan bahawa rekorder hanyalah sekadar alat permainan kanak-kanak. Anggapan ini kurang tepat kerana rekorder adalah alat muzik  yang dipersembahkan dalam konsert berprestij oleh pemuzik profesional, sama ada secara solo atau ensembel, khususnya di negara-negara barat.

1.1    Renj dan jenis rekorder
Rekorder diperbuat dalam pelbagai jenis nada. Kebiasannya rekorder ditiun dalam nada C dan F, iaitu not yang paling rendah. Rekoder dalam nada D, Eb, G dan Bb bukanlah kebiasaan di dalam sejarah rekorder, namun ia boleh didapati pada hari ini, terutamanya rekorder tenor dalam nada D yang digelar ‘voice flute’.
     Terdapat beberapa jenis rekorder. Lima jenis yang biasa dilihat dalam ensembel rekorder ialah rekorder:
a.       Sopranino
b.      Soprano (descant)
c.       Alto
d.      Tenor
e.       Bass

Rekorder sering digunakan dalam persembahan solo ialah descant yang juga dikenali sebagai rekorder soprano. Kebanyakkan sekolah menggunakan rekoder jenis ini memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Di samping itu, dari segi saiz , rekoder soprano amat sesuai dengan keadaan fizikal murid sekolah rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari untuk menutup lubang penjarian rekorder

1.1    Teknik permainan dan meniup rekoder
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.

1.1.1        Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder
·         Postur Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
·         Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.) 

1.1.1        Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.

1.1.1        Penjarian
a.      Tangan Kiri
·         Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
·         Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
·         Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
·         Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
b.      Tangan Kanan
·         Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
·         Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
·         Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
·         Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

Ensembel bermaksud  satu kumpulan pemain muzik bergabung bagi memainkan satu karya muzik. Ensembel rekoder ialah satu kumpulan rekoder. Biasanya,  ensembel rekode terdiri daripada kumpulan rekoder pelbagai saiz dan jenis. Antaranya ialah rekoder sopranino, soprano,alto, tenor dan bass.Ensembel rekoder soprano ialah satu kumpulan rekoder yang sama jenis, iaitu soprano seperti yang biasa didapati di kebanyakan  sekolah rendah pada hari ini.
Berdasarkan kepada video yang telah di muat turun dalam laman youtube, ia merupakan sebuah persembahan ensembel rekoder pada  suatu pertandingan di peringkat bahagian (sila lihat lampiran CD yang disediakan). Walaupun tidak disebutkan dalam video berkenaan, tetapi sekolah berkenaan iaitu SK Sungai Rapat telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan itu.  Mereka telah membawakan lagu “Setangkai Mawar” dan lau kedua ialah “Twinkle-twinkle Little Star”.
          Melalui pemerhatian saya, kumpulan ini telah memainkan ensembel rekoder dua bahagian. Persembahan ensembel rekorder mereka dibahagi kepada dua kumpulan kecil untuk memainkan  dua bahagian yang berbeza secara serentak. Hasilnya ialah muzik “Setangkai mawar” dan “Twinkle-twinkle Little Star” dimainkan secara harmoni. Bahagian rekoder  soprano 1 akan memainkan melodi bahagian atas (soprano 1), manakala rekoder soprano 2 akan memainkan melodi kedua di bahagian bawah (soprano 2). Kedua-dua lagu menggunakan kod C major.
          Selain daripada itu, berdasarkan lagu “Setangkai Mawar” kita dapat mendengar Soprano 1 berperanan memainkan melodi lagu manakala Soprano 2 memainkan  bahagian kaunter kepada  melodi dengan menggunakan satu  atau dua not sahaja di dalam kod ( chord tones) pada setiap bar.  Dalam lagu “Twinkle-twinkle Little Star” , mereka banyak menggunakan not-not hiasan. Penggunaan not-not hiasan ini menghasilkan bunyi yang lebih menarik untuk bahagian Soprano 2. Not-not hiasan ini not-not yang bukannya sebahagian daripada not-not yang terdapat dalam lagu “Twinkle-twinkle Little Star”.
          Selain itu, semua peserta rekoder ensembel mempunyai disiplin yang baik dan mematuhi teknik memainkan dan meniup rekoder dengan betul iaitu’
·    Pemipit atau mouthpiece dimasukkan ke dalam mulut di antara dua bibir, iaitu bibir atas dan bawah.
·    Jari kiri dan kanan berada di setiaplubang yang ada.
·    Dengan lembut menyebut “tuu....” tanpa mengeluarkan suara dan meniup perlahan-lahan.

1.0    Langkah-langkah mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan gubahan rekoder yang dihasilkan
Selepas lagu digubah, maka sebagai seorang guru perlulah mempunyai perancangan dan persediaan yang rapi sebelum mengendalikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran ensembel rekoder soprano di dalam bilik darjah.
Antara faktor-faktor yang perlu dilakukan serta langkah-langkah yang lazimnya terdapat sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran ensembe adalah sepertiberikut;
a.          Pastikan murid telah bersedia dan keadaan kelas terkawal.
b.         Pastikan murid duduk/berdiri di dalam kumpulan yang betul mengikut susunan bahagian masing-masing. Cadangan susunan atur alat adalah seperti berikut:

Rekoder
Rekoder
Rekoder
Soprano 2
Soprano 1
Soprano 3

Rajah 4.1: Cadangan susunan ensembel rekoder soprano
c.          Pastikan dirian not (note stand) tersedia.
d.         Pastikan skor muzik untuk setiap bahagian di letak pada dirian not.
e.          Jalankan aktiviti pemanasan.
f.          Jalankan latihan mengikut seksyen/kumpulan.
g.         Jalankan latihan gabungan kesemua bahagian rekorder soprano.
h.         Pastikan murid membasuh pemipit dan membersihkan rekoder setelah selesai latihan.
Permainan rekoder bukan sahaja tertumpu kepada aspek teknikal sahaja tetapi melalui perancangan, strategi dan penyampaian yang sesuai agar nilai estetika muzik yang ingin disampaikan kepada murid lebih mudah diterima;
                                i.            Perancangan
Perancangan yang teliti haruslah di ambil kira . dalam membuat perancangan, guru perlulah mengambil kira gan waktu kerana selain daripada aspek permainan rekoder terdapat pelbagai kandungan sukatan pelajaran yang lain seperti permainan perkusin  dan bahasa muzik yang turut perlu dilaksanakan.  Bagi rancangan pengajaran harian, guru perlu mengambil kira semua aspek bermula dari mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid, penentuan objektif atau hasil pembelajaran, aktiviti set induksi, langkah-langkah pelajaran dan seterusnya ke openutup atau kemuncak penjagaran.
                              ii.            Strategi
Strategi pengajaran adalah pendekatan, kaedah dan teknik yang dirancang dan diaplikasi oleh guru dalam bilik darjah untuk tujuan mencapai sesuatu objektif pelajaran yang ditenttukan. Guru boleh memilih apa sahaja pendekatan yang difikirkan sesuai untuk murid-muridnya berpandukan pengetahuan guru tentang pedagogi umum dan pendekatan khas muzik. Pemilihan strategi perlu memberi pertimbangan keatas pelbagai aspek dan faktor terutamanya latar belakang murid. Dalam memilih kaedah atau teknik pengajaran, guru harus mengambil kira pengetahuan dan kemahiran murid serta kecenderungan minat mereka.
                            iii.            Penyampaian
Perancangan yang teliti dengan pemilihan strategi yang baik harus diikuti dengan cara dan gaya penyampaian guru yang berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran rekoder dalam bilik darjah. Seseorang guru yang berkesan adalah guru yang berkebolehan mempelbagaikan teknik pe dan stail penyampaian dalam melaksanakan pelbagai peranan guru yang berbeza semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.







2.0    Kesimpulan

Tujuan utama permainan rekoder diperkenalkan dalam pendidikan muzik sekolah rendah ialah untuk memberi pengalaman kepada murid-murid. Dalam plajaran rekoder, murid-murid dibimbing untuk mendapatkan kemahiran bermain dengan teknik yang betul secara amali (Kementerian Pelajaran Malaysia).
     Namun demikian, pelajaran rekoder tidak seharusnya hanya tertumpu kepada aspek kemahiran teknikal bermain alatt sahaja. Guru boleh menggunakan permainan rekoder untuk tujuan mengukuhkan persepsi setetik murid, memupuk ekspresi kreatifdan meningkatkan penghargaan estetik murid.
     Oleh itu, penggabungjalinan aktiviti bermain ekoder dengan kandungan sukatan pelajaran lain seperti pengajaran bahasa muzik dan kefahaman tentang konsep-konsep muzik adalah amat digalakkan. Disamping itu penggabungjalinan permainan rekoder dengann aktiviti permainan alat perkusi dan nyanyian akan memberi pengalaman muzik yang lebih menyeluruh dan bermakna kepada murid.



No comments:

Post a Comment