Pendahuluan
Rekorder
merupakan alat tiupan utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah. Bermula dari tahun 2013, pengajaran muzik menggunakan rekorder
soprano telah dimasukkan dalam standard prestasi dan wajib dipelajarioleh semua
murid Tahun 3. Pada tahun 2014, KSSR muzik Tahun 4, pengajaran rekorder akan
mermula dengan not B, A, G serta D dan murid-murid akan mempelajari lagu-lagu
muah berdasarkan not-not asas berkenaan.
Melalui
tugasan ini, saya akan cuba untuk mengupas latar belakang rekoder seperti
jenis-jenis rekorder, renj dan sistem penjarian. Selain itu, melalui rakaman
persembahan muzikal rekorder yang saya muat turun melalui laman Youtube, saya akan cuba untuk mendedahkan
secara terperinci lima teknik yang mereka gunakan untuk memainkan dan meniup
rekorder dengan betul. Seterusnya, berdasarkan skor lagu Bunga Berkembang, saya melatih
memainkan lagu tersebut mengikut penjarian yang ditetapkan untuk rekoder
soprano. Setelah berlatih, saya mencipta melodi kedua berdasarkan melodi asal yang diberikan
serta menghasilkan sebuah skor gubahan permainan rekoder dalam dua bahagian.
Selain itu, saya akan cuba untuk memerincikan secara urutan langkah-langkah
yang perlu saya jalankan semasa mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran ensembel rekoder soprano berdasarkan skor gubahan permainan
rekoder yang dihasilkan. Pada akhir
tugasan ini, saya juga akan membincangkan juga bagaimana aktiviti permainan
ensembel rekoder tersebut akan dapat
meningkatkan kefahaman murid-murid tentang bahasa muzik.
Diharapkan tugasan ini dapat menghuraikan serba sedikit
panduan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik dan dapat dikongsikan
kepada semua guru-guru muzik dalam melaksanakan aktiviti ensembel rekorder.
1.0
Pengenalan
Rekorder merupakan alat tiupan
utama yang diperkenalkan kepada
murid-murid dalam mata pelajaran KSSR Tahun 3 dan Tahun 4. Matlamat utama
permainan rekorder diperkenalkan dalam pendidikan muzik di dalam bilik darjah
ialah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan secara
solo dan juga secara ensembel (Zaharul Lailiddin & Mohd Nizam, 2013).
Bahagian
yang paling penting dari segi penghasilan bunyi ialah bahagian kepala rekorder
yang mengandungi peniup atau pemipit.
Rekorder merupakan alat tiupan
kayu yang tertua. Ia mula dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik
klasikal barat. Pada zaman Pertengahan Eropah, rekorder adalah alat muzik yang
popular. Namun demikian, populariti alat muzik ini mula menurun di abad ke 18
disebabkan terciptanya alat tiupan okestra seperti klarinet, flut dan oboe yang
boleh memainkan renj yang lebih luas berbanding rekorder.
Pada zaman kegemilangannya, rekorder
sering diguna pakai dalam persembahan orkestra, bagi menggambarkan babak-babak
bunyian burung, pengembala kambing, pengkebumian dan perkahwinan. Banyak karya
komposer terkenal seperti Purcell, Bach dan Vivaldi sebagai contoh, menggunakan
rekorder sebagai alat utama.
Pada abad ke 20, rekorder
digunakan dalam sistem pengajaran muzik di sekolah kerana ia adalah alat yang
mudah untuk dimainkan dan murah harganya berbanding alat muzik yang lain. Oleh
kerana itu, sekarang ramai yang beranggapan bahawa rekorder hanyalah sekadar
alat permainan kanak-kanak. Anggapan ini kurang tepat kerana rekorder adalah
alat muzik yang dipersembahkan dalam
konsert berprestij oleh pemuzik profesional, sama ada secara solo atau ensembel,
khususnya di negara-negara barat.
1.1
Renj dan jenis rekorder
Rekorder diperbuat dalam pelbagai jenis nada. Kebiasannya
rekorder ditiun dalam nada C dan F, iaitu not yang paling rendah. Rekoder dalam
nada D, Eb, G dan Bb bukanlah kebiasaan di dalam sejarah rekorder, namun ia
boleh didapati pada hari ini, terutamanya rekorder tenor dalam nada D yang
digelar ‘voice flute’.
Terdapat
beberapa jenis rekorder. Lima jenis yang biasa dilihat dalam ensembel rekorder
ialah rekorder:
a.
Sopranino
b.
Soprano (descant)
c.
Alto
d.
Tenor
e.
Bass
Rekorder sering digunakan dalam persembahan solo
ialah descant yang juga dikenali sebagai
rekorder soprano. Kebanyakkan sekolah menggunakan rekoder jenis ini
memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Di
samping itu, dari segi saiz , rekoder soprano amat sesuai dengan keadaan
fizikal murid sekolah rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk
mengembangkan kedudukan jari untuk menutup lubang penjarian rekorder
1.1
Teknik permainan dan meniup rekoder
Untuk bermain rekoder
dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.
1.1.1
Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder
·
Postur Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa
semasa memegang rekoder.
·
Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan.
(Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.)
1.1.1
Cara memegang rekoder
yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain
rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.
1.1.1
Penjarian
a.
Tangan Kiri
·
Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang
rekoder.
·
Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
·
Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
·
Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
b.
Tangan Kanan
·
Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
·
Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.Jari
manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
·
Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder
ketujuh.
·
Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua
lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap
dan flet.
Ensembel
bermaksud satu kumpulan pemain muzik
bergabung bagi memainkan satu karya muzik. Ensembel rekoder ialah satu kumpulan
rekoder. Biasanya, ensembel rekode
terdiri daripada kumpulan rekoder pelbagai saiz dan jenis. Antaranya ialah
rekoder sopranino, soprano,alto, tenor dan bass.Ensembel
rekoder soprano ialah satu kumpulan rekoder yang sama jenis, iaitu soprano
seperti yang biasa didapati di kebanyakan
sekolah rendah pada hari ini.
Berdasarkan kepada
video yang telah di muat turun dalam laman
youtube, ia merupakan sebuah persembahan ensembel rekoder pada suatu pertandingan di peringkat bahagian
(sila lihat lampiran CD yang disediakan). Walaupun tidak disebutkan dalam video
berkenaan, tetapi sekolah berkenaan iaitu SK Sungai Rapat telah berjaya
memenangi tempat ketiga dalam pertandingan itu. Mereka telah membawakan lagu “Setangkai Mawar”
dan lau kedua ialah “Twinkle-twinkle Little Star”.
Melalui pemerhatian saya, kumpulan ini
telah memainkan ensembel rekoder dua bahagian. Persembahan ensembel rekorder
mereka dibahagi kepada dua kumpulan kecil untuk memainkan dua bahagian yang berbeza secara serentak.
Hasilnya ialah muzik “Setangkai mawar” dan “Twinkle-twinkle Little Star”
dimainkan secara harmoni. Bahagian rekoder
soprano 1 akan memainkan melodi bahagian atas (soprano 1), manakala
rekoder soprano 2 akan memainkan melodi kedua di bahagian bawah (soprano 2).
Kedua-dua lagu menggunakan kod C major.
Selain daripada itu, berdasarkan lagu
“Setangkai Mawar” kita dapat mendengar Soprano 1 berperanan memainkan melodi
lagu manakala Soprano 2 memainkan
bahagian kaunter kepada melodi
dengan menggunakan satu atau dua not
sahaja di dalam kod ( chord tones) pada
setiap bar. Dalam lagu “Twinkle-twinkle
Little Star” , mereka banyak menggunakan not-not hiasan. Penggunaan not-not
hiasan ini menghasilkan bunyi yang lebih menarik untuk bahagian Soprano 2.
Not-not hiasan ini not-not yang bukannya sebahagian daripada not-not yang
terdapat dalam lagu “Twinkle-twinkle Little Star”.
Selain itu, semua peserta rekoder
ensembel mempunyai disiplin yang baik dan mematuhi teknik memainkan dan meniup
rekoder dengan betul iaitu’
·
Pemipit atau
mouthpiece dimasukkan ke dalam mulut di antara dua bibir, iaitu bibir atas dan
bawah.
·
Jari kiri dan kanan
berada di setiaplubang yang ada.
·
Dengan lembut
menyebut “tuu....” tanpa mengeluarkan suara dan meniup perlahan-lahan.
1.0
Langkah-langkah mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan gubahan rekoder yang dihasilkan
Selepas lagu digubah, maka sebagai seorang guru perlulah mempunyai
perancangan dan persediaan yang rapi sebelum mengendalikan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran ensembel rekoder soprano di dalam bilik darjah.
Antara faktor-faktor yang perlu dilakukan serta langkah-langkah yang
lazimnya terdapat sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran ensembe adalah
sepertiberikut;
a.
Pastikan murid
telah bersedia dan keadaan kelas terkawal.
b.
Pastikan murid
duduk/berdiri di dalam kumpulan yang betul mengikut susunan bahagian masing-masing.
Cadangan susunan atur alat adalah seperti berikut:
Rekoder
|
Rekoder
|
Rekoder
|
Soprano 2
|
Soprano 1
|
Soprano 3
|
Rajah 4.1: Cadangan susunan ensembel rekoder soprano
c.
Pastikan dirian not
(note stand) tersedia.
d.
Pastikan skor muzik
untuk setiap bahagian di letak pada dirian not.
e.
Jalankan aktiviti
pemanasan.
f.
Jalankan latihan
mengikut seksyen/kumpulan.
g.
Jalankan latihan
gabungan kesemua bahagian rekorder soprano.
h.
Pastikan murid
membasuh pemipit dan membersihkan rekoder setelah selesai latihan.
Permainan rekoder bukan sahaja tertumpu kepada aspek teknikal sahaja tetapi
melalui perancangan, strategi dan penyampaian yang sesuai agar nilai estetika
muzik yang ingin disampaikan kepada murid lebih mudah diterima;
i.
Perancangan
Perancangan yang teliti haruslah di ambil kira . dalam
membuat perancangan, guru perlulah mengambil kira gan waktu kerana selain
daripada aspek permainan rekoder terdapat pelbagai kandungan sukatan pelajaran
yang lain seperti permainan perkusin dan
bahasa muzik yang turut perlu dilaksanakan.
Bagi rancangan pengajaran harian, guru perlu mengambil kira semua aspek
bermula dari mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid,
penentuan objektif atau hasil pembelajaran, aktiviti set induksi,
langkah-langkah pelajaran dan seterusnya ke openutup atau kemuncak penjagaran.
ii.
Strategi
Strategi pengajaran adalah pendekatan, kaedah dan teknik
yang dirancang dan diaplikasi oleh guru dalam bilik darjah untuk tujuan
mencapai sesuatu objektif pelajaran yang ditenttukan. Guru boleh memilih apa
sahaja pendekatan yang difikirkan sesuai untuk murid-muridnya berpandukan
pengetahuan guru tentang pedagogi umum dan pendekatan khas muzik. Pemilihan
strategi perlu memberi pertimbangan keatas pelbagai aspek dan faktor
terutamanya latar belakang murid. Dalam memilih kaedah atau teknik pengajaran,
guru harus mengambil kira pengetahuan dan kemahiran murid serta kecenderungan
minat mereka.
iii.
Penyampaian
Perancangan yang teliti dengan pemilihan strategi yang
baik harus diikuti dengan cara dan gaya penyampaian guru yang berkesan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran rekoder dalam bilik darjah. Seseorang guru
yang berkesan adalah guru yang berkebolehan mempelbagaikan teknik pe dan stail
penyampaian dalam melaksanakan pelbagai peranan guru yang berbeza semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
2.0
Kesimpulan
Tujuan utama permainan rekoder
diperkenalkan dalam pendidikan muzik sekolah rendah ialah untuk memberi
pengalaman kepada murid-murid. Dalam plajaran rekoder, murid-murid dibimbing
untuk mendapatkan kemahiran bermain dengan teknik yang betul secara amali
(Kementerian Pelajaran Malaysia).
Namun demikian,
pelajaran rekoder tidak seharusnya hanya tertumpu kepada aspek kemahiran
teknikal bermain alatt sahaja. Guru boleh menggunakan permainan rekoder untuk
tujuan mengukuhkan persepsi setetik murid, memupuk ekspresi kreatifdan
meningkatkan penghargaan estetik murid.
Oleh itu,
penggabungjalinan aktiviti bermain ekoder dengan kandungan sukatan pelajaran
lain seperti pengajaran bahasa muzik dan kefahaman tentang konsep-konsep muzik
adalah amat digalakkan. Disamping itu penggabungjalinan permainan rekoder
dengann aktiviti permainan alat perkusi dan nyanyian akan memberi pengalaman
muzik yang lebih menyeluruh dan bermakna kepada murid.