"></script>

VvJanettha: Penciptaan dan pengembangan motif dalam muzik

Sunday, December 15, 2013

Penciptaan dan pengembangan motif dalam muzik

1.0    Pengenalan
Apakah itu irama? Irama merupakan elemen asas dalam konsep muzik, taburan not dan tanda rehat. Corak atau pola irama ialah kedudukan dan susunan ritma di dalam sesuatu gubahan muzik, dalam elemen irama terdapat faktor berkaitan seperti detik, tekanan, tempo masa (duration) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi. Gabungan not-not dan tanda rehat yang tersusun menghasilkan pola irama atau corak irama tertentu (Khairul Bariah Haroen et al , 2011).
     Di dalam  muzik, detik adalah denyutan (pulse). Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen fundamental dan penting di dalam seni muzik. Detik ini menjadi asas pembentukan muzik. Corak irama atau pola irama terhasil daripada susunan detik-detik tertentu (Mansor Fadzil & Widad Othman, 2012). Justeru itu, muzik terdiri daripada detik-detik yang disusun menjadi irama tertentu.
            Motif muzik merupakan melodi atau corak irama yang diulang-ulang dan dikembangkan tanpa mengubah frasa muzik yang asal. Motif boleh mencipta corak irama dan melodi dalam dengan menggunakan alat perkusi. Berasal dari  istilah Perancis, motif diterjemahkan kepada "motif" atau "corak" dalam bahasa Inggeris. Motif Mana-mana boleh digunakan untuk membina melodi lengkap dan  tema. Perkembangan  muzik menggunakan nilai not yang berbeza yang kemudiannya diubah, berulang, atau urutan seluruh yang disatukan menjadi satu skor muzik.
            Berdasarkan perbincangan kumpulan  yang kami telah laksanakan semasa sesi tutorial, terdapat pelabagai teknik pengembangan motif yang boleh dilakukan dan dicipta secara kreatif untuk menghasilkan gubahan irama yang menarik. Penciptaan corak irama perkusi melibatkan teknik-teknik  pengembang an seperti yang berikut:
1.      Mengubahsuai  nilai not
2.      Augmentation
3.      Diminuation
4.      Penambahan awalan
5.      Penambahan akhiran
6.      Menambah not pertengahan
7.      Retrograde
8.      Pengulangan motif
9.      Anticipate
2.0    Penciptaan  motif
Asas penerokaan bunyi dikaitkan dengan  kreativiti. Ia diperoleh dengan menerokan permainan  dram dengan pelbagai cara yang lain daripada amalan biasa.  Ia ia dapat dihasilkan dengan pelbagai cara umpamanya penggubahsuaian irama, penggunaan peralatan dan teknik luar biasa. Semua ini bergantung kepada daya kreativiti pemain sendiri. Kesan kreativiti ini melangkau imaginasi ini akan menghasilkan sesuatu yang baru dan menyeronokkan.
Motif muzik adalah frasa yang dikenali sebagai melodi atau irama yang berulang-ulang dan dikembangkan dengan  jelas pada sesuatu motif pendek adakalanya digunakan bersama tetapi yang sebenarnya mempunyai makna yang berbeza. Frasa dalam muzik merupakan satu bahagian muzik yang agak lengkap dan jelas. Kebiasaannya frasa adalah sepanjang empat bar dan paling panjang sebanyak bar. Ia berakhir dengan kaden. Frasa mempunyai motif bila digabungkan akan membentuk sebahagian muzik yang lebih panjang yang dikenali sebagai pengambangan motif. Penciptaan motif bermula daripada satu motif pendek  yang mempunyai satu atau dua bar yang kemudiannya dikembangkan sehingga menjadi pelbagai corak irama dengan menggunakan teknik-teknik pengembangan motif.
Melalui pengembangan motif, maka terciptalah suatu irama yang menarik dengan bantuan penggunaan alatan dan perisian atau ‘software’ dan  teknik yang  terkini yang membantu  para penggubah lagu untuk menggubah  lagu dengan  mudah. Kebanyakkan gubahan atau penciptaan muzik sekarang menggunakan tanda masa atau Meter Lazim. Lagu-lagu moden, pop dan semasa tidak berapa menggunakan meter Tidak Lazim. Mungkin agak sukar menyanyikan lagu berkenaan jika ciptaan atau gubahan muziknya menggunakan meter.
Citarasa pencipta dan penggubah orang dahulu tidak sama dengan citarasa penggiat seni muzik sekarang. Motif dan gaya penciptaan serta gubahan muzik sentiasa  mengikut peredaran zaman. Disamping itu juga keperluan sesuatu  muzik itu dipengaruhi dengan permintaan serta selera peminat dalam perkembangan industri yang pesat berkembang pada masa kini.
Irama paling  asas bagi perkusi adalah detik. Detik-detik boleh diperkembangkan dengan menghasilkan pola-pola irama yang pelbagai. Contoh-contoh yang dipaparkan dalam tugasan  ini melibatkan meter empatan. Konsep asas penggubahsuaian pola irama bagi meter lain seperti duaan, tigaan, limaan dan sebagainya.

Beberapa teknik yang telah disebutkan boleh digabungkan mengikut kreativiti penggubah. Selain itu, anda boleh berkreatif dengan mencipta teknik pengubahsuaian sendiri. Teknik-teknik ini boleh digabungkan kepada satu bar terdapat dua teknik atau lebih. Contohnya, bar pertama mengabungkan teknik retrograde dan penambahan awalan manakala bar kedua menggunakan teknik augumentation dan menambah not pertengahan seterusnya bar ketiga menggabungkan teknik diminuation dan penambahan akhiran manakala bar keempat menggunakan teknik anticipate dan pengulangan not. Melalui gabungan-gabungan teknik ini, ia akan menghasilkan corak irama yang kreatif dan menampilkan “kehebatan” melodi yang dimainkan dalam sesuatu persembahan terutamanya dalam persembahan khusus seksyen dram.
Asas penerokaan bunyi bermula daripada kreativiti penggubah atau pencipta. Ia diperoleh daripada meneroka permainan alat –alat perkusi dengan pelbagai cara umpamanya pengubahsuaian irama, penggunaan peralatan dan teknik yang luar biasa. Dengan mencipta suatu corak irama yang menarik, si pemain mampu untuk menarik perhatian penonton dan mempersembahkan gubahan irama itu dengan baik.

1.0    Kesimpulan
Kemahiran dalam teknik pengembangan motif ini adalah penting bagi seseorang penggubah lagu untuk menghasilkan suatu corak irama yang menarik dan kreativiti. Ini dapat memberikan pengalaman baru kepada para penggubah untuk mencipta  sesuatu yang bermakna dalam penciptaan dan penggubahan lagu dengan mempelbagaikan corak irama dan juga menggalakkan penggubah dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Walau bagaimana pun, semua ini bergantung kepada daya kreativiti pemain atau penggubah itu sendiri. Kesan kreativiti melangkaui imaginasi ini akan menghasilkan sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Dalam menyediakan skor lagu, teknik pengembangan motif yang diaplikasikan dalam pembinaan skor dapat memberi keseronokan kepada si pemain untuk memainkan bunyi tersebut sekiranya corak irama yang dipilih adalah sesuai. Selain itu, melalui teknik pengembangan motif, para pengubah dapat mencipta sesuatu yang lebih kreatif berbanding dengan motif yang sedia ada.
Pengembangan motif ini bukan digubah secara tergesa-gesa tetapi perlulah ada ketelitian bagi menghasilkan suatu gubahan irama yang mampu memukau para penonton apabila ia dipersembahan. Oleh itu, pengubah tidak sahaja harus menguasai teknik pengembangan motif ini tetapi juga perlu menjadi seorang yang lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Seseorang pengubah muzik yang kreatif adalah seseorang yang mampu untuk mengabungkan dua atau tiga jenis teknik dalam satu bar untuk menjadikan sesuatu bunyi yang dihasilkan itu adalah unik. Perbincangan dan bertukar-tukar di kalangan penggubah lagu adalah perlu dalam menghasilkan suatu corak irama yang unik dengan menggabungkan pelbagai idea yang terhasil melalui pertukaran buah fikiran dikalangan penggubah-penggubah lagu.
Pada masa kini, pengubah tidak lagi mempunyai masalah untuk menggubah  lagu dalam masa yang singkat dengan adanya pelbagai perisian yang boleh didapati di kedai-kedai perisian komputer ataupun di kedai-kedai yang menjualkan peralatan perisian muzik. Antara perisian yang popular pada masa kini ialah sebelius, encore atau pun finale yang mudah digunakan. Selain itu, penggubah lagu juga boleh memuat turun perisian muzik secara percuma di laman-laman web yang banyak menyediakan pek demo kepada pengguna-pengguna internet. Disamping mudah digunakan, melalui penggunaan perisian ini, kita dapat mendengar demo bagi lagu yang kta cipta disamping dapat dizahirkan apabila kita mencetak skor yang telah digubah itu ke dalam bentuk kepingan kertas.
Oleh yang demikian, dengan menguasai teknik-teknik pengembangan motif yang telah dibincangkan, seseorang pengubah lagu mampu menghasilkan suatu corak irama yang menarik dalam gubahan iramanya. Walau bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa dengan menguasai teknik-teknik pengembangan motif ini, bukan bermakna penggubah lagu sudah mampu untuk mencipta corak irama yang menarik. Oleh yang demikian, penggubah harus menjadi lebih kreatif dan sentiasa mencuba agar mahir dan mampu untuk mencipta corak irama yang menarik dan luar biasa.



No comments:

Post a Comment