"></script>

VvJanettha: 2013

Sunday, December 15, 2013

Rekorder

Pendahuluan
Rekorder merupakan alat tiupan utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Bermula dari tahun 2013, pengajaran muzik menggunakan rekorder soprano telah dimasukkan dalam standard prestasi dan wajib dipelajarioleh semua murid Tahun 3. Pada tahun 2014, KSSR muzik Tahun 4, pengajaran rekorder akan mermula dengan not B, A, G serta D dan murid-murid akan mempelajari lagu-lagu muah berdasarkan not-not asas berkenaan.
Melalui tugasan ini, saya akan cuba untuk mengupas latar belakang rekoder seperti jenis-jenis rekorder, renj dan sistem penjarian. Selain itu, melalui rakaman persembahan muzikal rekorder yang saya muat turun melalui laman Youtube, saya akan cuba untuk mendedahkan secara terperinci lima teknik yang mereka gunakan untuk memainkan dan meniup rekorder dengan betul. Seterusnya, berdasarkan  skor lagu Bunga Berkembang, saya  melatih  memainkan lagu tersebut mengikut penjarian yang ditetapkan untuk rekoder soprano. Setelah berlatih, saya mencipta melodi   kedua berdasarkan melodi asal yang diberikan serta menghasilkan sebuah skor gubahan permainan rekoder dalam dua bahagian. Selain itu, saya akan cuba untuk memerincikan secara urutan langkah-langkah yang perlu saya jalankan semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran ensembel rekoder soprano berdasarkan skor gubahan permainan rekoder yang       dihasilkan. Pada akhir tugasan ini, saya juga akan membincangkan juga bagaimana aktiviti permainan ensembel rekoder tersebut  akan dapat meningkatkan kefahaman murid-murid tentang bahasa muzik.

            Diharapkan tugasan ini dapat menghuraikan serba sedikit panduan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik dan dapat dikongsikan kepada semua guru-guru muzik dalam melaksanakan aktiviti ensembel rekorder.

1.0    Pengenalan
Rekorder merupakan alat tiupan utama yang  diperkenalkan kepada murid-murid dalam mata pelajaran KSSR Tahun 3 dan Tahun 4. Matlamat utama permainan rekorder diperkenalkan dalam pendidikan muzik di dalam bilik darjah ialah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan secara solo dan juga secara ensembel (Zaharul Lailiddin & Mohd Nizam, 2013).
Rekorder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Alat muzik ini mengandungibahagian peniup atau pemipit (mouthpiece) yang dipasangkan ke laras silinder yang mengandungi tujuh lubang; enam dihadapan dan satu di belakang (Zaharul Lailiddin & Mohd Nizam, 2013). Silinder yang terakhir mengandungi dua lubang berkembar dihadapan. Kadang-kala silinder ketiga ini bercantum bersama silinder kedua.
Bahagian yang paling penting dari segi penghasilan bunyi ialah bahagian kepala rekorder yang mengandungi peniup atau pemipit. 

 Rekorder merupakan alat tiupan kayu yang tertua. Ia mula dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat. Pada zaman Pertengahan Eropah, rekorder adalah alat muzik yang popular. Namun demikian, populariti alat muzik ini mula menurun di abad ke 18 disebabkan terciptanya alat tiupan okestra seperti klarinet, flut dan oboe yang boleh memainkan renj yang lebih luas berbanding rekorder.
Pada zaman kegemilangannya, rekorder sering diguna pakai dalam persembahan orkestra, bagi menggambarkan babak-babak bunyian burung, pengembala kambing, pengkebumian dan perkahwinan. Banyak karya komposer terkenal seperti Purcell, Bach dan Vivaldi sebagai contoh, menggunakan rekorder sebagai alat utama.
Pada abad ke 20, rekorder digunakan dalam sistem pengajaran muzik di sekolah kerana ia adalah alat yang mudah untuk dimainkan dan murah harganya berbanding alat muzik yang lain. Oleh kerana itu, sekarang ramai yang beranggapan bahawa rekorder hanyalah sekadar alat permainan kanak-kanak. Anggapan ini kurang tepat kerana rekorder adalah alat muzik  yang dipersembahkan dalam konsert berprestij oleh pemuzik profesional, sama ada secara solo atau ensembel, khususnya di negara-negara barat.

1.1    Renj dan jenis rekorder
Rekorder diperbuat dalam pelbagai jenis nada. Kebiasannya rekorder ditiun dalam nada C dan F, iaitu not yang paling rendah. Rekoder dalam nada D, Eb, G dan Bb bukanlah kebiasaan di dalam sejarah rekorder, namun ia boleh didapati pada hari ini, terutamanya rekorder tenor dalam nada D yang digelar ‘voice flute’.
     Terdapat beberapa jenis rekorder. Lima jenis yang biasa dilihat dalam ensembel rekorder ialah rekorder:
a.       Sopranino
b.      Soprano (descant)
c.       Alto
d.      Tenor
e.       Bass

Rekorder sering digunakan dalam persembahan solo ialah descant yang juga dikenali sebagai rekorder soprano. Kebanyakkan sekolah menggunakan rekoder jenis ini memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Di samping itu, dari segi saiz , rekoder soprano amat sesuai dengan keadaan fizikal murid sekolah rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari untuk menutup lubang penjarian rekorder

1.1    Teknik permainan dan meniup rekoder
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.

1.1.1        Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder
·         Postur Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
·         Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.) 

1.1.1        Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.

1.1.1        Penjarian
a.      Tangan Kiri
·         Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
·         Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
·         Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
·         Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
b.      Tangan Kanan
·         Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
·         Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
·         Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
·         Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

Ensembel bermaksud  satu kumpulan pemain muzik bergabung bagi memainkan satu karya muzik. Ensembel rekoder ialah satu kumpulan rekoder. Biasanya,  ensembel rekode terdiri daripada kumpulan rekoder pelbagai saiz dan jenis. Antaranya ialah rekoder sopranino, soprano,alto, tenor dan bass.Ensembel rekoder soprano ialah satu kumpulan rekoder yang sama jenis, iaitu soprano seperti yang biasa didapati di kebanyakan  sekolah rendah pada hari ini.
Berdasarkan kepada video yang telah di muat turun dalam laman youtube, ia merupakan sebuah persembahan ensembel rekoder pada  suatu pertandingan di peringkat bahagian (sila lihat lampiran CD yang disediakan). Walaupun tidak disebutkan dalam video berkenaan, tetapi sekolah berkenaan iaitu SK Sungai Rapat telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan itu.  Mereka telah membawakan lagu “Setangkai Mawar” dan lau kedua ialah “Twinkle-twinkle Little Star”.
          Melalui pemerhatian saya, kumpulan ini telah memainkan ensembel rekoder dua bahagian. Persembahan ensembel rekorder mereka dibahagi kepada dua kumpulan kecil untuk memainkan  dua bahagian yang berbeza secara serentak. Hasilnya ialah muzik “Setangkai mawar” dan “Twinkle-twinkle Little Star” dimainkan secara harmoni. Bahagian rekoder  soprano 1 akan memainkan melodi bahagian atas (soprano 1), manakala rekoder soprano 2 akan memainkan melodi kedua di bahagian bawah (soprano 2). Kedua-dua lagu menggunakan kod C major.
          Selain daripada itu, berdasarkan lagu “Setangkai Mawar” kita dapat mendengar Soprano 1 berperanan memainkan melodi lagu manakala Soprano 2 memainkan  bahagian kaunter kepada  melodi dengan menggunakan satu  atau dua not sahaja di dalam kod ( chord tones) pada setiap bar.  Dalam lagu “Twinkle-twinkle Little Star” , mereka banyak menggunakan not-not hiasan. Penggunaan not-not hiasan ini menghasilkan bunyi yang lebih menarik untuk bahagian Soprano 2. Not-not hiasan ini not-not yang bukannya sebahagian daripada not-not yang terdapat dalam lagu “Twinkle-twinkle Little Star”.
          Selain itu, semua peserta rekoder ensembel mempunyai disiplin yang baik dan mematuhi teknik memainkan dan meniup rekoder dengan betul iaitu’
·    Pemipit atau mouthpiece dimasukkan ke dalam mulut di antara dua bibir, iaitu bibir atas dan bawah.
·    Jari kiri dan kanan berada di setiaplubang yang ada.
·    Dengan lembut menyebut “tuu....” tanpa mengeluarkan suara dan meniup perlahan-lahan.

1.0    Langkah-langkah mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan gubahan rekoder yang dihasilkan
Selepas lagu digubah, maka sebagai seorang guru perlulah mempunyai perancangan dan persediaan yang rapi sebelum mengendalikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran ensembel rekoder soprano di dalam bilik darjah.
Antara faktor-faktor yang perlu dilakukan serta langkah-langkah yang lazimnya terdapat sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran ensembe adalah sepertiberikut;
a.          Pastikan murid telah bersedia dan keadaan kelas terkawal.
b.         Pastikan murid duduk/berdiri di dalam kumpulan yang betul mengikut susunan bahagian masing-masing. Cadangan susunan atur alat adalah seperti berikut:

Rekoder
Rekoder
Rekoder
Soprano 2
Soprano 1
Soprano 3

Rajah 4.1: Cadangan susunan ensembel rekoder soprano
c.          Pastikan dirian not (note stand) tersedia.
d.         Pastikan skor muzik untuk setiap bahagian di letak pada dirian not.
e.          Jalankan aktiviti pemanasan.
f.          Jalankan latihan mengikut seksyen/kumpulan.
g.         Jalankan latihan gabungan kesemua bahagian rekorder soprano.
h.         Pastikan murid membasuh pemipit dan membersihkan rekoder setelah selesai latihan.
Permainan rekoder bukan sahaja tertumpu kepada aspek teknikal sahaja tetapi melalui perancangan, strategi dan penyampaian yang sesuai agar nilai estetika muzik yang ingin disampaikan kepada murid lebih mudah diterima;
                                i.            Perancangan
Perancangan yang teliti haruslah di ambil kira . dalam membuat perancangan, guru perlulah mengambil kira gan waktu kerana selain daripada aspek permainan rekoder terdapat pelbagai kandungan sukatan pelajaran yang lain seperti permainan perkusin  dan bahasa muzik yang turut perlu dilaksanakan.  Bagi rancangan pengajaran harian, guru perlu mengambil kira semua aspek bermula dari mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid, penentuan objektif atau hasil pembelajaran, aktiviti set induksi, langkah-langkah pelajaran dan seterusnya ke openutup atau kemuncak penjagaran.
                              ii.            Strategi
Strategi pengajaran adalah pendekatan, kaedah dan teknik yang dirancang dan diaplikasi oleh guru dalam bilik darjah untuk tujuan mencapai sesuatu objektif pelajaran yang ditenttukan. Guru boleh memilih apa sahaja pendekatan yang difikirkan sesuai untuk murid-muridnya berpandukan pengetahuan guru tentang pedagogi umum dan pendekatan khas muzik. Pemilihan strategi perlu memberi pertimbangan keatas pelbagai aspek dan faktor terutamanya latar belakang murid. Dalam memilih kaedah atau teknik pengajaran, guru harus mengambil kira pengetahuan dan kemahiran murid serta kecenderungan minat mereka.
                            iii.            Penyampaian
Perancangan yang teliti dengan pemilihan strategi yang baik harus diikuti dengan cara dan gaya penyampaian guru yang berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran rekoder dalam bilik darjah. Seseorang guru yang berkesan adalah guru yang berkebolehan mempelbagaikan teknik pe dan stail penyampaian dalam melaksanakan pelbagai peranan guru yang berbeza semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.







2.0    Kesimpulan

Tujuan utama permainan rekoder diperkenalkan dalam pendidikan muzik sekolah rendah ialah untuk memberi pengalaman kepada murid-murid. Dalam plajaran rekoder, murid-murid dibimbing untuk mendapatkan kemahiran bermain dengan teknik yang betul secara amali (Kementerian Pelajaran Malaysia).
     Namun demikian, pelajaran rekoder tidak seharusnya hanya tertumpu kepada aspek kemahiran teknikal bermain alatt sahaja. Guru boleh menggunakan permainan rekoder untuk tujuan mengukuhkan persepsi setetik murid, memupuk ekspresi kreatifdan meningkatkan penghargaan estetik murid.
     Oleh itu, penggabungjalinan aktiviti bermain ekoder dengan kandungan sukatan pelajaran lain seperti pengajaran bahasa muzik dan kefahaman tentang konsep-konsep muzik adalah amat digalakkan. Disamping itu penggabungjalinan permainan rekoder dengann aktiviti permainan alat perkusi dan nyanyian akan memberi pengalaman muzik yang lebih menyeluruh dan bermakna kepada murid.



Penciptaan dan pengembangan motif dalam muzik

1.0    Pengenalan
Apakah itu irama? Irama merupakan elemen asas dalam konsep muzik, taburan not dan tanda rehat. Corak atau pola irama ialah kedudukan dan susunan ritma di dalam sesuatu gubahan muzik, dalam elemen irama terdapat faktor berkaitan seperti detik, tekanan, tempo masa (duration) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi. Gabungan not-not dan tanda rehat yang tersusun menghasilkan pola irama atau corak irama tertentu (Khairul Bariah Haroen et al , 2011).
     Di dalam  muzik, detik adalah denyutan (pulse). Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen fundamental dan penting di dalam seni muzik. Detik ini menjadi asas pembentukan muzik. Corak irama atau pola irama terhasil daripada susunan detik-detik tertentu (Mansor Fadzil & Widad Othman, 2012). Justeru itu, muzik terdiri daripada detik-detik yang disusun menjadi irama tertentu.
            Motif muzik merupakan melodi atau corak irama yang diulang-ulang dan dikembangkan tanpa mengubah frasa muzik yang asal. Motif boleh mencipta corak irama dan melodi dalam dengan menggunakan alat perkusi. Berasal dari  istilah Perancis, motif diterjemahkan kepada "motif" atau "corak" dalam bahasa Inggeris. Motif Mana-mana boleh digunakan untuk membina melodi lengkap dan  tema. Perkembangan  muzik menggunakan nilai not yang berbeza yang kemudiannya diubah, berulang, atau urutan seluruh yang disatukan menjadi satu skor muzik.
            Berdasarkan perbincangan kumpulan  yang kami telah laksanakan semasa sesi tutorial, terdapat pelabagai teknik pengembangan motif yang boleh dilakukan dan dicipta secara kreatif untuk menghasilkan gubahan irama yang menarik. Penciptaan corak irama perkusi melibatkan teknik-teknik  pengembang an seperti yang berikut:
1.      Mengubahsuai  nilai not
2.      Augmentation
3.      Diminuation
4.      Penambahan awalan
5.      Penambahan akhiran
6.      Menambah not pertengahan
7.      Retrograde
8.      Pengulangan motif
9.      Anticipate
2.0    Penciptaan  motif
Asas penerokaan bunyi dikaitkan dengan  kreativiti. Ia diperoleh dengan menerokan permainan  dram dengan pelbagai cara yang lain daripada amalan biasa.  Ia ia dapat dihasilkan dengan pelbagai cara umpamanya penggubahsuaian irama, penggunaan peralatan dan teknik luar biasa. Semua ini bergantung kepada daya kreativiti pemain sendiri. Kesan kreativiti ini melangkau imaginasi ini akan menghasilkan sesuatu yang baru dan menyeronokkan.
Motif muzik adalah frasa yang dikenali sebagai melodi atau irama yang berulang-ulang dan dikembangkan dengan  jelas pada sesuatu motif pendek adakalanya digunakan bersama tetapi yang sebenarnya mempunyai makna yang berbeza. Frasa dalam muzik merupakan satu bahagian muzik yang agak lengkap dan jelas. Kebiasaannya frasa adalah sepanjang empat bar dan paling panjang sebanyak bar. Ia berakhir dengan kaden. Frasa mempunyai motif bila digabungkan akan membentuk sebahagian muzik yang lebih panjang yang dikenali sebagai pengambangan motif. Penciptaan motif bermula daripada satu motif pendek  yang mempunyai satu atau dua bar yang kemudiannya dikembangkan sehingga menjadi pelbagai corak irama dengan menggunakan teknik-teknik pengembangan motif.
Melalui pengembangan motif, maka terciptalah suatu irama yang menarik dengan bantuan penggunaan alatan dan perisian atau ‘software’ dan  teknik yang  terkini yang membantu  para penggubah lagu untuk menggubah  lagu dengan  mudah. Kebanyakkan gubahan atau penciptaan muzik sekarang menggunakan tanda masa atau Meter Lazim. Lagu-lagu moden, pop dan semasa tidak berapa menggunakan meter Tidak Lazim. Mungkin agak sukar menyanyikan lagu berkenaan jika ciptaan atau gubahan muziknya menggunakan meter.
Citarasa pencipta dan penggubah orang dahulu tidak sama dengan citarasa penggiat seni muzik sekarang. Motif dan gaya penciptaan serta gubahan muzik sentiasa  mengikut peredaran zaman. Disamping itu juga keperluan sesuatu  muzik itu dipengaruhi dengan permintaan serta selera peminat dalam perkembangan industri yang pesat berkembang pada masa kini.
Irama paling  asas bagi perkusi adalah detik. Detik-detik boleh diperkembangkan dengan menghasilkan pola-pola irama yang pelbagai. Contoh-contoh yang dipaparkan dalam tugasan  ini melibatkan meter empatan. Konsep asas penggubahsuaian pola irama bagi meter lain seperti duaan, tigaan, limaan dan sebagainya.

Beberapa teknik yang telah disebutkan boleh digabungkan mengikut kreativiti penggubah. Selain itu, anda boleh berkreatif dengan mencipta teknik pengubahsuaian sendiri. Teknik-teknik ini boleh digabungkan kepada satu bar terdapat dua teknik atau lebih. Contohnya, bar pertama mengabungkan teknik retrograde dan penambahan awalan manakala bar kedua menggunakan teknik augumentation dan menambah not pertengahan seterusnya bar ketiga menggabungkan teknik diminuation dan penambahan akhiran manakala bar keempat menggunakan teknik anticipate dan pengulangan not. Melalui gabungan-gabungan teknik ini, ia akan menghasilkan corak irama yang kreatif dan menampilkan “kehebatan” melodi yang dimainkan dalam sesuatu persembahan terutamanya dalam persembahan khusus seksyen dram.
Asas penerokaan bunyi bermula daripada kreativiti penggubah atau pencipta. Ia diperoleh daripada meneroka permainan alat –alat perkusi dengan pelbagai cara umpamanya pengubahsuaian irama, penggunaan peralatan dan teknik yang luar biasa. Dengan mencipta suatu corak irama yang menarik, si pemain mampu untuk menarik perhatian penonton dan mempersembahkan gubahan irama itu dengan baik.

1.0    Kesimpulan
Kemahiran dalam teknik pengembangan motif ini adalah penting bagi seseorang penggubah lagu untuk menghasilkan suatu corak irama yang menarik dan kreativiti. Ini dapat memberikan pengalaman baru kepada para penggubah untuk mencipta  sesuatu yang bermakna dalam penciptaan dan penggubahan lagu dengan mempelbagaikan corak irama dan juga menggalakkan penggubah dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Walau bagaimana pun, semua ini bergantung kepada daya kreativiti pemain atau penggubah itu sendiri. Kesan kreativiti melangkaui imaginasi ini akan menghasilkan sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Dalam menyediakan skor lagu, teknik pengembangan motif yang diaplikasikan dalam pembinaan skor dapat memberi keseronokan kepada si pemain untuk memainkan bunyi tersebut sekiranya corak irama yang dipilih adalah sesuai. Selain itu, melalui teknik pengembangan motif, para pengubah dapat mencipta sesuatu yang lebih kreatif berbanding dengan motif yang sedia ada.
Pengembangan motif ini bukan digubah secara tergesa-gesa tetapi perlulah ada ketelitian bagi menghasilkan suatu gubahan irama yang mampu memukau para penonton apabila ia dipersembahan. Oleh itu, pengubah tidak sahaja harus menguasai teknik pengembangan motif ini tetapi juga perlu menjadi seorang yang lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Seseorang pengubah muzik yang kreatif adalah seseorang yang mampu untuk mengabungkan dua atau tiga jenis teknik dalam satu bar untuk menjadikan sesuatu bunyi yang dihasilkan itu adalah unik. Perbincangan dan bertukar-tukar di kalangan penggubah lagu adalah perlu dalam menghasilkan suatu corak irama yang unik dengan menggabungkan pelbagai idea yang terhasil melalui pertukaran buah fikiran dikalangan penggubah-penggubah lagu.
Pada masa kini, pengubah tidak lagi mempunyai masalah untuk menggubah  lagu dalam masa yang singkat dengan adanya pelbagai perisian yang boleh didapati di kedai-kedai perisian komputer ataupun di kedai-kedai yang menjualkan peralatan perisian muzik. Antara perisian yang popular pada masa kini ialah sebelius, encore atau pun finale yang mudah digunakan. Selain itu, penggubah lagu juga boleh memuat turun perisian muzik secara percuma di laman-laman web yang banyak menyediakan pek demo kepada pengguna-pengguna internet. Disamping mudah digunakan, melalui penggunaan perisian ini, kita dapat mendengar demo bagi lagu yang kta cipta disamping dapat dizahirkan apabila kita mencetak skor yang telah digubah itu ke dalam bentuk kepingan kertas.
Oleh yang demikian, dengan menguasai teknik-teknik pengembangan motif yang telah dibincangkan, seseorang pengubah lagu mampu menghasilkan suatu corak irama yang menarik dalam gubahan iramanya. Walau bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa dengan menguasai teknik-teknik pengembangan motif ini, bukan bermakna penggubah lagu sudah mampu untuk mencipta corak irama yang menarik. Oleh yang demikian, penggubah harus menjadi lebih kreatif dan sentiasa mencuba agar mahir dan mampu untuk mencipta corak irama yang menarik dan luar biasa.



kepentingan kemahiran saintifik dalam pembelajaran sains

1.0  Pengenalan
Kurikulum sains sekolah rendah dan sekolah menengah dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani  dan sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sains bukan sahaja berkenaan dengan fakta tetapi ia juga mewakili proses cadangan dan memperbaiki penjelasan mengenai dunia kita. Pengetahuan saintifik merupakan hasilan daripada aktiviti saintis.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan secara khusus kemahiran saintifik yang digunakan dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 direka bentuk untuk merangsang sikap ingin tahu dan mengembangkan minat bagi membolehkan mereka memahami diri dan alam sekeliling melalui aktiviti berpusatkan murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Ia dipersembahkan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang mengandungi matlamat, objektif dan kerangka kandungan kurikulum untuk tempoh tiga tahun untuk Sains Sekolah Rendah Tahap Dua.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Proses kemahiran sains mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Oleh yang demikian, pembelajaran sains bukan sahaja bahan bacaan saintifik. Membaca pelbagai buku sains dan menghafal setiap kandungannya tidak akan menjadikan seseorang menjadi saintis. Oleh yang demikian, guru sains perlulah merangka aktiviti hands-on yang bermakna untuk membantu murid untuk mengenali, mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran saintifik mereka. Kemahiran kaedah saintifik merupakan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran proses sains ini membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

1.1  Kemahiran Saintifik
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990). Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

2.0  Perbincangan mengenai kepentingan kemahiran saintifik dalam
pembelajaran sains        
                                                                         
2.1  Definisi Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.
Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains?
Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.

Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:


 Memerhatikan

Kemahiran memerhatikan merupakan asas kepada proses asas sains. Kemahiran ini menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Untuk membuat pemerhatian, murid perlu menggabungkan maklumat dan meneliti semua sifat objek atau sesuatu fenomena (Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz, 2012). Dalam pembelajaran sains, bukti atau data yang dikumpul mestilah tepat dan objektif. Oleh yang demikian pemerhatian mestilah menggunakan deria yang telah disebutkan diatas. Pemerhatian terdiri daripada dua jenis iaitu secara kualitatif dan kuantatif. Pemerhatian kualitatif merujuk kepada pemerhatian yang boleh dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasa. Pemerhatian ini memberi informasi kepada warna, bau, tekstur, bunyi, rasa dan apa yang akan berlaku. Pemerhatian secara kualitatif ini dilaksanakan tanpa menggunakan peralatan atau diskripsi tertentu dan tidak melibatkan nombor. Pemerhatian secara kuantitatif merupakan pemerhatian yang melibatkan pengiraan, mengukur dengan menggunakan benda.

      ii.             Mengelaskan
Pengelasan merupakan proses yang menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Proses ini melibatkan pemerhatian terhadap kesamaan, perbezaan dan perkaitan. Tiga jenis utama pengelasan iaitu, sistem pengelasan Binari, sistem pengelasan Binari pelbagai langkah dan susunan bersiri.

    iii.            Mengukur menggunakan nombor
proses ini menggunakan nombor sebagai jawapan. Kemahiran ini merupakan proses membuat pemerhatian secara kuantatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

    iv.            Membuat inferens
Membuat interferens merupakan proses membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian berdasarkan kepada bukti atau eviden yang telah diperolehi.

      v.            Meramalkan
Meramal merupakan proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Meramal merupakan prosesyang berterusan dan di lakukan sepanjang masa.
    vi.            Berkomunikasi
Berkomunikasi bermaksud bertukar data atau informasi yang digabungkan dengan proses pemerhatian agar mudah difahami. Berkomunikasi melibatkan proses menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalambentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

  vii.            Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Kemahiran ini merangkumi keupayaan untuk mmemerihalkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa.

viii.            Mentafsirkan data
Kemahiran ini merupakan proses memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

    ix.            Mendefinisikan secara operasi
Mendefinisikan operasi merupakan suatu proses memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

      x.            Mengawal pembolehubah
Mengawal pembolehubah merupakan proses mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah yang bergerak dan pembolehubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

    xi.            Membuat hipotesis
Kemahiran ini merupakan proses membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.


  xii.            Mengeksperimen
Kemahiran ini merupakan proses merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.

2.2  Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut:
·         Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
·         Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
·         Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul dan selamat.
·         Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
                                                                                                                                
3.0  Analisis saintifik dan kemahiran berfikir bagi kemahiran yang telah dipilih

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah disediakan, saya telah memilih topik yang saya rasakan sesuai untuk menunjukkan perkaitan dalam proses sains.
     
Eksperimen 1
Aktif apabila ada air.

Pernyataan Masalah: Mengapa air susu lebih cepat rosak berbanding susu tepung?

Tujuan: Menyiasat hubungan antara kehadiran air dengan tempoh susu menjadi rosak.

Kamu memerlukan:
·         Gelas
·         Sudu
·         Air suam
·         Susu tepung

Langkah-langkah berikut:
1.      Sediakan dua biji gelas yang sama saiz dan bentuk. Labelkan A dan B.
2.      Masukkan lima sudu susu tepung ke dalam gelas A dan gelas B.
3.      Tuangkan air suam ke dalam gelas B. Kacau dengan sudu sehingga susu tepung larut.
4.      Biarkan kedua-dua gelas tersebut di atas meja selama dua hari.
5.      Perhatikan perubahan keadaan susu di dalam kedua-dua gelas setiap hari.


Bilangan hari
Keadaan susu
Gelas A
Gelas B
1


2


Rajah 3.1
Analisis data:
1.      Susu dalam gelas manakah yang lebih cepat rosak?
2.      Bagaimanakah keadaan susu yang telah rosak?
3.      Bagaimanakah kamu mengetahui bakteria telah membiak dalam air susu tersebut?

Perbincangan
1.      Apakah yang menyebabkan susu rosak?
2.      Berdasarkan penyiasatan, apakah faktor yang menyebabkan bakteria membiak?
3.      Apakah kesimpulan daripada penyiasatan di atas?
4.      Apakah hubung kait antara kaedah pengawetan makanan dalam penyiasatan ini dengan keperluan pembiakan bakteria?


Eksperimen 2
Ada air atau tiada udara

Pernyataan masalah: Adakah kehadiran udara menyebabkan roti lebih cepat rosak?

Tujuan: menyiasat hubungan tentang kehadiran udara dengan tempoh kulat tumbuh pada roti.

Kamu memerlukan:

·         Piring
·         Karung plastik lut sinar yang sama jenis dan saiz.
·         Gelang getah
·         Penitis air
·         2 keping roti yang sama jenis dan saiz
·         Air
·         Pam vakum

Lakukan langkah berikut:
1.      Letakkan roti di dalam piring yang berasingan.
2.      Titiskan air yang sama banyak pada kedua-dua keping roti.
3.      Masukkan sekeping roti tersebut ke dalam plastik A dan sekeping roti pada plastik B. Ikat plastik A.
4.      Keluarkan udara pada plastik B dengan menggunakan pam vakum. Ikat plastik B dengan segera.
5.      Perhatikan perubahan pada roti setiap hari. Catat pemerhatian kamu dalam jadual seperti contoh di bawah.

Bilangan hari
Keadaan roti
Plastik A
Plastik B
1


2



Rajah 3.2
Analisis data
1.      Roti manakah yang lebih cepat rosak?
2.      Pada hari ke berapakah roti di dalam plastik A dan plastik B mula rosak?
3.      Bagaimanakah keadaan roti yang telah rosak?

Perbincangan
1.      Apakah kesan tindakan kulat pada roti?
2.      Apakah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan kulat pada roti?
3.      Nyatakan kesimpulan daripada penyiasatan di atas.
4.      Nyatakan hubung kait antara kaedah pengawetan makanan dalam penyiasatan ini dengan pertumbuhan kulat.


Kedua-dua eksperimen ini menggunakan proses sains yang sama iaitu melakukan pemerhatian  dan analisis data. Pemerhatian dilakukan secara kualitatif di mana kedua-dua eksperimen menggunakan deria penglihatan dan bau semasa pemerhatian dijalankan. Selain itu, pemerhatian secara kuantitatif juga dijalankan dimana setiap pemerhatian akan direkodkan dalam jadual yang disediakan.
            Selain itu, murid-murid juga melakukan inteferens dengan membuat kesimpulan awal berkenaan eksperimen yang dijalankan. Murid-murid juga meramal berdasarkan pemerhatian mereka terhadap kedua-dua eksperimen ini berdasarkan pemerhatian mereka. Eksperimen ini juga menggunakan proses sains berkomunikasi iaitu menyusun dan mempersembahkan maklumat dalam bentuk tulisan, lisan dan jadual.
            Kedua-dua eksperimen ini juga menggunakan proses sains mengawal pemboleh ubah yang dimanipulasikan. Selain itu, proses membuat hipotesis iaitu membuat pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kemahiran mengksperimen adalah kemahiran utama dalam kedua-dua proses eksperimen ini di mana murid-murid merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.
            Kemahiran manipulatif banyak di diaplikasikan dalam eksperimen ini. Melalui kemahiran ini, murid-murid berupaya menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Murid juga tahu menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul disamping boleh membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
            Seorang guru juga boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan.
Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan digunakan, iaitu:
a. Kaedah heuristik
Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.
b. Kaedah induktif.
Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa.
c. kaedah deduktif.
Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.
d. kaedah Dogmatik
Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat.
e. Kaedah projek.
Pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai.
f. Kaedah amali.
Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

4.0  Cadangan penambahbaikan yang telah dipilih              
                            
Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar.
Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.
Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada:
a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran,
b. Keperluan bahan pengajaran
c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
d. Kemahiran berkomunikasi.
Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Ini termasuklah:
1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari.
2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah
3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah
4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah.
5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah.
6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah.
7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah.
8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah.
9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah.
10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.
11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga turut
mempunyai saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru berkesan.
Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi, faktor pelajar juga boleh mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam sebuah kelas tetapi pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak tahu peranan mereka sebagai pelajar yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya akan sia-sia sahaja.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah dan apakah usaha yang perlu dilakukan dan dilaksanakan agar kita dapat mewujudkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti disebutkan di atas?.... Bincanglah secara kumpulan dengan rakan-rakan guru.

4.1  Kriteria Utama Mengajar Sains Berkesan

Terdapat beberapa kriteria utama yang perlu diketahui oleh seorang guru untuk menghasilkan pengajaran sains berkesan,. Syarat tersebut ialah:`
1.        Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar.
2.      Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.
3.      Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan.
4.      Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.
5.       Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.
6.      Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.
7.      Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya.
8.      Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para pelajarnya.
9.      Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan pelajar.
10.  Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar.
11.  Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan pelajar.
12.  Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua pelajar.
13.  Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan pelajar.
14.  Mempunyai sikap suka mendengar.
15.  Mempunyai sikap humor ketika bersama pelajar.
16.  Mempunyai daya penarik yang menakjubkan.
17.  Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif.
18.  Mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar.
19.  Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar.
20.  Mempunyai kepakaran berkomunikasi.Mempunyai pengetahuan tentang kemanusiaan.
21.  Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya jika diberi  bimbingan yang mencukupi.
22.  Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan kemahiran yang berkaitan tugasannya.
23.  Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa kejayaan boleh dicapai setelah berusaha.
24.  Selalu berdoa untuk diri dan pelajarnya.
25.  Sentiasa bertawakal kepada Allah.

5.0  Penutup                                                                                                             

Kelas sains menyediakan pelajar dengan kemahiran penting dan pengetahuan untuk kejayaan dalam kehidupan kemudian. Pelajar yang berbuat baik dalam sains boleh pergi kepada kerjaya yang produktif dalam bidang kejuruteraan, perubatan, dan lain-lain bidang yang inovatif. Sebuah pendidikan sains menyediakan pelajar-pelajar semua peringkat umur dengan kemahiran yang diguna pakai dalam bidang-bidang lain juga, dan membantu pelajar berjaya dalam semua aspek kehidupan. Tanpa sains, masyarakat moden tidak akan di mana ia adalah hari ini dalam segi teknologi, penerokaan, dan inovasi. Pembelajaran sains membolehkan pelajar untuk meneroka idea-idea baru untuk memberi manfaat kepada kita semua.
Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan membimbing murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih kritis, analitis dan bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi dan projek. Eksperimen menguji hipotesis melalui penyiasatan. Ini melibatkan murid mengawal pemboleh ubah dan juga melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Perbincangan murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau ulasan yang sahih dan mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.
Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.                                                                                                             




references

Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz .(2012) HBEF2203: Tools for Learning Science.  Selangor: Meteor Doc Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2012) Kurikulum   Bersepadu Sekolah Rendah Sains Tahun 6. Putrajaya: CETAKRAPI Sdn. Bhd.
                                                      
Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pelajaran Malaysia.(2012) Amali Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor: Ultimate Print Sdn. Bhd.

Padilla, M.J. (1990). The science process skills. Retrieved March 2, 2013, from www.narst.org/publications/research/skill.cfm

Science process skills. Retrieved March 2, 2013, from