"></script>

VvJanettha: December 2020

Friday, December 4, 2020

Christmas menjelang....tidak seperti tahun- tahun yang lalu



 Biasanya, pada tahun-tahun sebelumnya, kami adik-beradik sudah berbincang di group whatsapp kami apa plan Krismas tahun ni, siapa balik awal, siapa balik lambat, berapa hari bulan berkumpul di rumah kampung, siapa masak ini, siapa masak itu..... lepas tu lantik siapa sediakan PA SYSTEM....haha...kami adik-beradik ni boleh dikatakan semua tau menyanyi...boleh buat recording kalau mau...hehe.

Saya selalunya ditugaskan untuk menyediakan kuih-muih, biskut dan kek.....tidak ditugaskan pun saya tetap sediakan... adik saya Tom  selalunya sediakan hidangan panggangan...adik saya Fredo selalunya incharge sediakan PA Sistem dan minuman tradisi,  kakak saya Ating aka Josie selalunya memasak bersama mama untuk hidangan makan krismas... didy pula selalunya bertugas menyediakan tempat....adik bungso saya, Julie berminat juga untuk menyediakan biskut seperti saya tetapi maybe tiada kawan sekepala dirumah, jadi dua buat biskut ikut mood dia saja...dan selalunya menjadi...dan apa yang selalu Julie buat adalah mendeko pokok Krismas dibantu oleh anak buahnya.... hahaha...

Tapi pokok Krismas yang ada dalam gambar di atas itu saya yang mendekonya...perhiasannya saya dapat dari gift kahwin adik-adik saya Julie dan Fredo.....

Panjangnya saya bercerita..apapun pada tahun ini saya cuma mampu mengenang Krismas tahun lalu sebab pkp masih lagi berlangsung dan rentas daerah tidak dibenarkan...apapun, Krismas tetap krismas... kemungkinan besar tidak dapat berkumpul, tapi time Krismas nanti kami akan buat video call, whatsapp especially pada mama dan didy di rumah..

 Lama tak buka blog...password lupa, tak ingat username..tapi pada hari ini, dengan menggunakan kemahiran cuba jaya akhirnya berjaya juga menemui kuncinya...maka selepas tujuh tahun baru la saya dapat masuk kembali dalam blog saya...