"></script>

VvJanettha: June 2013

Sunday, June 30, 2013

CHOCOLATE BITES COOKIES

Ha....ni satu lagi biskut kegemaran saya......ni sebenarnya dari buku resepi yang saya beli dari kedai buku...tapi bila adik saya(Julie Makan Orang: Facebook) kasi tukar-tukar sikit bahan dia...wah...lebih sedap dari resepi sebenar...hehehe...btul ni...not sure ba...maybe lidah saya lebih suka buatan cookies adik saya tu...

Bahan-bahan:
A
240 mentega (bleh la tukar ngan minyak sapi)

60g gula perang
60g gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
setengah sudu makan emplex


360g tepung paling halus(ntah...tepung gandum yang diayak pun boleh....)
60g tepung jagung
40g corquant
60g cip coklat

METHOD:

  1. Putar bahan A hingga sebati then masukan bahan B dan gaul sebati.
  2. Canai doh dan terap dengan penerap biskut kesukaan anda.(saya bulatkan saja kemudian pipihkan).
  3. Sapu dengan kuning telur dan celupkan/taburkan dengan beras coklat.
  4. Bakar dalam ketuhar yang suda dipanaskan pada suhu 150c selama 15-20...(saya main agak-agak ja bila msak biskut ni...nda pernah la ikut timing oven...kalau dah tercium bau harum biskut yang dimasak, lagi 3-5 minit dah boleh angkat...boleh kah begitu???....hehehe
  5. Lastly....selamat mencuba...


KEK KEJU TANPA BAKAR

Peminat kek keju???saya!!!!(angkat tangan)....actuallly ni resepi saya dapat dari satu buku yang saya pinjam dari perpustakaan bergerak yang singgah di sekolah tahun lalu....ubah dan tukar sikit-sikit maka saya pun mempraktikkannya di rumah...memang sedap...tapi kek tu agak besar untuk seorang...3 hari makan barulah habis kesemuanya......
Bahan-bahan:
1 setengah cawan biskut marie(hancur kasar)
50 gram mentega/marjerin/minyak sayuran(saya gunakan mentega)
3 sudu besar gelatin
1/4 cawan air suam
500 gram krim keju...(saya tak guna creamcheese philadelphia...agak masam)
setengah cawan gula kastor
1 cawan krim segar
2 sudu besar jus lemon(jika suka)

Cara membuatnya:
Satukan biskut yang dihancur kasar bersama mentega. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang kek yang boleh dibuka tepi berdiameter 20cm.  Tekan-tekan adunan biskut ke dasar loyang hingga rata dengan menggunakan belakang sudu. Masukkan ke dalam peti ais selama 20 minit untuk keraskan dasar kek ini.

 Larutkan gelatin dalam air suam. Masukkan krim keju dan putar hingga lembut. Masukkan gula dan teruskan putaran sehingga sebati.

Masukkan jus lemon, krim dan biskut yang dikisar halus. Kacau sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam yang telah disejukkan tadi. Ratakan permukaan atasnya dan masukkan ke dalam peti ais selama 2 jam atau sehingga kek menjadi pejal.


Gambar???nda terfikir pla time buat tu mau gambar-gambar...lagipun dah hampir setengah tahun buat kek ni...belum lagi terfikir nak buat semula...sekarang tengah belajar untuk dekorasi kek pula....

Saturday, June 29, 2013

KEPENTINGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK


1.0  Pengenalan
Kurikulum sains sekolah rendah dan sekolah menengah dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani  dan sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sains bukan sahaja berkenaan dengan fakta tetapi ia juga mewakili proses            cadangan dan memperbaiki penjelasan mengenai dunia kita. Pengetahuan saintifik merupakan hasilan daripada aktiviti saintis.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan secara khusus kemahiran saintifik yang digunakan dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 direka bentuk untuk merangsang sikap ingin tahu dan mengembangkan minat bagi membolehkan mereka memahami diri dan alam sekeliling melalui aktiviti berpusatkan murid ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Ia dipersembahkan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang mengandungi matlamat, objektif dan kerangka kandungan kurikulum untuk tempoh tiga tahun untuk Sains Sekolah Rendah Tahap Dua.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Proses kemahiran sains mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Oleh yang demikian, pembelajaran sains bukan sahaja bahan bacaan saintifik. Membaca pelbagai buku sains dan menghafal setiap kandungannya tidak akan menjadikan seseorang menjadi saintis. Oleh yang demikian, guru sains perlulah merangka aktiviti hands-on yang bermakna untuk membantu murid untuk mengenali, mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran saintifik mereka. Kemahiran kaedah saintifik merupakan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran proses sains ini membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
1.1  Kemahiran Saintifik
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990). Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

2.0  Perbincangan mengenai kepentingan kemahiran saintifik dalam
pembelajaran sains                                                                                   
2.1  Definisi Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid
murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan
pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.

Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains?
Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari
segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses
yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila
murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan
tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah
dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing
tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata
mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada
melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.

Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:
        i.            Memerhatikan
Kemahiran memerhatikan merupakan asas kepada proses asas sains. Kemahiran ini menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Untuk membuat pemerhatian, murid perlu menggabungkan maklumat dan meneliti semua sifat objek atau sesuatu fenomena (Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz, 2012). Dalam pembelajaran sains, bukti atau data yang dikumpul mestilah tepat dan objektif. Oleh yang demikian pemerhatian mestilah menggunakan deria yang telah disebutkan diatas. Pemerhatian terdiri daripada dua jenis iaitu secara kualitatif dan kuantatif. Pemerhatian kualitatif merujuk kepada pemerhatian yang boleh dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasa. Pemerhatian ini memberi informasi kepada warna, bau, tekstur, bunyi, rasa dan apa yang akan berlaku. Pemerhatian secara kualitatif ini dilaksanakan tanpa menggunakan peralatan atau diskripsi tertentu dan tidak melibatkan nombor. Pemerhatian secara kuantitatif merupakan pemerhatian yang melibatkan pengiraan, mengukur dengan menggunakan benda.

      ii.             Mengelaskan
Pengelasan merupakan proses yang menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Proses ini melibatkan pemerhatian terhadap kesamaan, perbezaan dan perkaitan. Tiga jenis utama pengelasan iaitu, sistem pengelasan Binari, sistem pengelasan Binari pelbagai langkah dan susunan bersiri.

    iii.            Mengukur menggunakan nombor
proses ini menggunakan nombor sebagai jawapan. Kemahiran ini merupakan proses membuat pemerhatian secara kuantatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

    iv.            Membuat inferens
Membuat interferens merupakan proses membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian berdasarkan kepada bukti atau eviden yang telah diperolehi.

      v.            Meramalkan
Meramal merupakan proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Meramal merupakan prosesyang berterusan dan di lakukan sepanjang masa.
    vi.            Berkomunikasi
Berkomunikasi bermaksud bertukar data atau informasi yang digabungkan dengan proses pemerhatian agar mudah difahami. Berkomunikasi melibatkan proses menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalambentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

  vii.            Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Kemahiran ini merangkumi keupayaan untuk mmemerihalkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa.

viii.            Mentafsirkan data
Kemahiran ini merupakan proses memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

    ix.            Mendefinisikan secara operasi
Mendefinisikan operasi merupakan suatu proses memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

      x.            Mengawal pembolehubah
Mengawal pembolehubah merupakan proses mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah yang bergerak dan pembolehubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

    xi.            Membuat hipotesis
Kemahiran ini merupakan proses membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.


  xii.            Mengeksperimen
Kemahiran ini merupakan proses merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.

2.2  Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut:
·         Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
·         Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
·         Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul dan selamat.
·         Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

  Kepada mereka yang sedang menyiapkan tugasan dalam subjek Sains, mungkin info dapat membantu dalam menyiapkan tugasan anda berkaitan dengan kemahiran proses sains terutamanya dalam konteks pendidikan sekolah rendah. sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja, yang lain korang boleh google di tempat-tempat lain....

dulu sikit-sikit facebook...sikit-sikit twitter

sometimes...ada certain time or day yang saya feel untuk diri sendiri....bila ada yang tidak ngam di hati terus saja "melapor" di facebook...twitter...tapi yang tak syoknya bila ada juga yang komen padahal post tu tak payah pun dikomen...cukup kalau di "like' saja.....suatu ketika pla rasanya facebook atau twitter saya dah jadi macam "diari"...dari jam7 pagi hinggalah jam 11 malam tengah-tengah buat RPH atau assignment pun sempat lagi "melapor"...bila fikir banyak kali, bagus juga kalau bina blog sendiri...apa-apa yang nak dikongsi bole publish disamping dapat saya save macam pendrive....nda la takut sangat kalau hilang macam simpan di pendrive...hahaha...dah melencong kegunaan blog...