"></script>

VvJanettha: KEPENTINGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Saturday, June 29, 2013

KEPENTINGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK


1.0  Pengenalan
Kurikulum sains sekolah rendah dan sekolah menengah dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani  dan sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sains bukan sahaja berkenaan dengan fakta tetapi ia juga mewakili proses            cadangan dan memperbaiki penjelasan mengenai dunia kita. Pengetahuan saintifik merupakan hasilan daripada aktiviti saintis.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan secara khusus kemahiran saintifik yang digunakan dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 direka bentuk untuk merangsang sikap ingin tahu dan mengembangkan minat bagi membolehkan mereka memahami diri dan alam sekeliling melalui aktiviti berpusatkan murid ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Ia dipersembahkan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang mengandungi matlamat, objektif dan kerangka kandungan kurikulum untuk tempoh tiga tahun untuk Sains Sekolah Rendah Tahap Dua.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Proses kemahiran sains mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Oleh yang demikian, pembelajaran sains bukan sahaja bahan bacaan saintifik. Membaca pelbagai buku sains dan menghafal setiap kandungannya tidak akan menjadikan seseorang menjadi saintis. Oleh yang demikian, guru sains perlulah merangka aktiviti hands-on yang bermakna untuk membantu murid untuk mengenali, mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran saintifik mereka. Kemahiran kaedah saintifik merupakan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran proses sains ini membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
1.1  Kemahiran Saintifik
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990). Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

2.0  Perbincangan mengenai kepentingan kemahiran saintifik dalam
pembelajaran sains                                                                                   
2.1  Definisi Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid
murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan
pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.

Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains?
Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari
segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses
yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila
murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan
tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah
dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing
tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata
mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada
melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.

Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:
        i.            Memerhatikan
Kemahiran memerhatikan merupakan asas kepada proses asas sains. Kemahiran ini menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Untuk membuat pemerhatian, murid perlu menggabungkan maklumat dan meneliti semua sifat objek atau sesuatu fenomena (Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz, 2012). Dalam pembelajaran sains, bukti atau data yang dikumpul mestilah tepat dan objektif. Oleh yang demikian pemerhatian mestilah menggunakan deria yang telah disebutkan diatas. Pemerhatian terdiri daripada dua jenis iaitu secara kualitatif dan kuantatif. Pemerhatian kualitatif merujuk kepada pemerhatian yang boleh dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasa. Pemerhatian ini memberi informasi kepada warna, bau, tekstur, bunyi, rasa dan apa yang akan berlaku. Pemerhatian secara kualitatif ini dilaksanakan tanpa menggunakan peralatan atau diskripsi tertentu dan tidak melibatkan nombor. Pemerhatian secara kuantitatif merupakan pemerhatian yang melibatkan pengiraan, mengukur dengan menggunakan benda.

      ii.             Mengelaskan
Pengelasan merupakan proses yang menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Proses ini melibatkan pemerhatian terhadap kesamaan, perbezaan dan perkaitan. Tiga jenis utama pengelasan iaitu, sistem pengelasan Binari, sistem pengelasan Binari pelbagai langkah dan susunan bersiri.

    iii.            Mengukur menggunakan nombor
proses ini menggunakan nombor sebagai jawapan. Kemahiran ini merupakan proses membuat pemerhatian secara kuantatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

    iv.            Membuat inferens
Membuat interferens merupakan proses membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian berdasarkan kepada bukti atau eviden yang telah diperolehi.

      v.            Meramalkan
Meramal merupakan proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Meramal merupakan prosesyang berterusan dan di lakukan sepanjang masa.
    vi.            Berkomunikasi
Berkomunikasi bermaksud bertukar data atau informasi yang digabungkan dengan proses pemerhatian agar mudah difahami. Berkomunikasi melibatkan proses menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalambentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

  vii.            Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Kemahiran ini merangkumi keupayaan untuk mmemerihalkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa.

viii.            Mentafsirkan data
Kemahiran ini merupakan proses memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

    ix.            Mendefinisikan secara operasi
Mendefinisikan operasi merupakan suatu proses memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

      x.            Mengawal pembolehubah
Mengawal pembolehubah merupakan proses mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah yang bergerak dan pembolehubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

    xi.            Membuat hipotesis
Kemahiran ini merupakan proses membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.


  xii.            Mengeksperimen
Kemahiran ini merupakan proses merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.

2.2  Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut:
·         Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
·         Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
·         Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul dan selamat.
·         Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

  Kepada mereka yang sedang menyiapkan tugasan dalam subjek Sains, mungkin info dapat membantu dalam menyiapkan tugasan anda berkaitan dengan kemahiran proses sains terutamanya dalam konteks pendidikan sekolah rendah. sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja, yang lain korang boleh google di tempat-tempat lain....

No comments:

Post a Comment